sirah: memperkenalkan islam kepada qabilah-qabilah dan individu tertentu (part 1)

PENGENALAN
Dalam bulan zulkaedah tahun kesepuluh kebangkitan Rasulullah (s.a.w), baginda telah pon selamat balik ke mekah dengan niat dan azam untuk memulakan semula pengenalan islam kepada qabilah-qabilah dan individu tertentu. 
Musim haji yang tiba adalah peluang yang sentiasa dinantikan oleh Rasulullah (s.a.w). Ketika inilah baginda segera menemui qabilah demi qabilah lalu menyeru mereka tentang islam. 
QABILAH-QABILAH YANG DIPERKENALKAN ISLAM
Antara qabilah yang dikunjungi Rasulullah (s.a.w) untuk baginda memperkenalkan dirinya sebagai nabi pesuruh Allah dan menyeru mereka kepada dakwah islam ialah
       - Banu amir bin sa'sa'ah
       - Banu Muharib bin khasfah
       - Banu Fazarah
       - Banu Ghassan
       - Banu Murrah
       - Banu hanifah
       - Banu salim
       - Banu abbas
       - Banu nasr
       - Banu al bukak
       - Banu kindah
       - Banu kalb
       - Banu al harith bin ka'ab
       - Banu uzrah
       - Banu al hadharimah
Tetapi tiada seorang pon daripada mereka ini yang menyahut atau menerima dakwah yang dibawa Rasulullah (s.a.w) walaupun mereka ini telahpun berulang kali didedahkan tentang islam. 
Ibnu ishak pernah menceritakan cara pembentangan islam kepada mereka dan penolakan mereka terhadap dakwah ini. Ringkasannya :
  1) Banu kalb - Rasulullah (s.a.w) pergi menziarahi mereka, diantaranya ialah banu abdillah (banu yang berada dalam banu kalb) lalu memperkenalkan diri baginda dan menyeru mereka kepada islam hingga baginda berkata: "sesungguhnya Allah menyenangi dengan nama yang diberi kepada bapa kamu itu (abdullah yang ertinya hamba Allah). Namun, mereka tidak menerimanya. 
  2) Banu hanifah - juga Rasulullah (s.a.w) menziarahi kediaman mereka, memperkenalkan diri baginda dan menyeru kepada mereka. Namun mereka menolak seruan Rasulullah (s.a.w) dengan cara yang buruk yang tidak pernah lagi dilakukan oleh mana-mana bangsa arab. 
  3) Banu amir bin sa'sa'ah - Rasulullah (s.a.w) mendatangi mereka, memperkenalkan diri dan mengajak mereka kepada Allah. 
Maka salah seorang daripada mereka (bahirah bin firas) pun berkata: "demi Allah, kalaulah aku ambil pemuda ini dari quraisy nescaya aku boleh menguasai dengannya seluruh bangsa arab" kemudian beliau bertanya kepada Rasulullah (s.a.w): "apa pandangan kamu sekiranya kami berbai'ah untuk urusan kau itu, kemudian ditakdirkan Allah engkau dapat mengatasi orang yang menentang kau, apakah kami yang akan memerintah selepas kau ?" jawab Rasulullah (s.a.w): "urusan ini terserah kepada Allah, dialah yang meletakkan sesuatu di mana sahaja yang dikehendakiNya" kata bahirah pula: "apakah kau mendedahkan diri kami untuk mempertahankan diri kau dari bangsa arab , kemudian setelah kau berjaya kau akan menyerahkan kekuasaan itu kepada orang lain pula ? Ini tidak boleh jadi dan kami pun tidak berhajat untuk memikul urusan dan persoalanmu ini"
Dengan itu, mereka pun menolak seruan yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w).
Setelah banu amir pulang ke kampung mereka, mereka menceritak perihal tadi kepada seorang pemimpin mereka yang tidak mengikuti mereka di musim haji kerana usia yang begitu lanjut. Mereka mengatakan, ada seorang pemuda dari banu abdul mutalib yang mendakwa dirinya sebagai nabi, mempelawa kami untuk mempertahankan dirinya dan mengambil beliau untuk ke kampung kita ini. 
Lalu pemimpin mereka berkata: "wahai banu amir, apakah kita berkesempatan ? Sampai tak, kita memperolehi yang hujungnya ?  Demi jiwa seseorang itu ditanganNya, orang yang kau sebut itu adalah keturunan jati nabi ismail, dia adalah benar, di mana pemikiran kamu semasa kamu berbicara ? Sebenarnya fikiran kamu tidah memihak kepada kamu ! 
PENGAJARAN
Di sini kita dapat perhatikan dan simpulkan bahawa Rasulullah sangat gigih, sabar dan tidak pernah berputus asa dalam menyampaikan dakwah islam walaupun telah ditolak mentah- mentah oleh qabilah-qabilah tadi hanya kerana rasa tanggungjawabnya kepada Allah. 
Bagaimana pula dengan kita ? Adakah kita setabah dan secekal baginda Rasulullah (s.a.w) ? Sedangkan kena ujian @ dugaan sikit nak merungut, salahkan orang. Belum hal-hal yang besar lagi. Hmmm, fikir-fikirkan~~~
*sumber sirah Rasulullah (s.a.w) oleh al-raheeq al-makhtum

No comments:

Post a Comment

silakan mengomen :)